Saturday, May 14, 2011

UKHWAH FILLAH


assalamualaikum sahabat2 ku sekalian :)
hrni tan nak share sikit mengenai ukhwah fillah.article ni hasil share drpd ex roomate time sem 3 dulu. kak dani.. :)

kita faham bahawa ukhwah fillah itu adalah dengan menjalinkan hubungan persaudaraan kerana Allah supaya Allah redha. persoalannya, bagaimana kita mahu Allah redha dengan perhubungan itu?

di sinilah erti sebenar ukhwah fillah. ukhwah yang terjalin kerana mahukan keredhaan Allah. bukan untuk diri kita sendiri. tapi untuk kita bersama :)

ukhwah yang terjalin bukan sekadar melepaskan diri kita saja dari api neraka, tapi ukhwah ini adalah untuk turut sama menyelamatkan saudara kita. siapa saudara kita? mereka itulah orang2 yang berukhwah dengan kita semata2 kerana Allah.

kita berukhwah dengan orang. kita tahu sekarang tujuan nya semata2 mencapat keredhaan Allah. tapi kita perlu tahu, keredhaan Allah itu adalah apabila Allah redha dengan kita.

jadi cuba kita fikir,

adakah Allah redha sekiranya kita biar sahaja kawan2 kita terus menjadi orang yang jahil agama?

adakah Allah akan redha jika kita biarkan saudara kita terus bergelumang dengan dosa? adakah Allah akan redha jika kita biarkan saja saudara2 islam kita ditipu dan ditindas oleh orang2 kafir?

inilah makna sebenar ukhwah fillah. ukhwah semata2 mahu keredhaan Allah. ukhwah semata2 mahu Allah redha melihat kita dan saudara kita sama2 berjaya di akhirat kelak. ukhwah semata2 mahu Allah redha kerana hamba2Nya bersaudara semata2 untuk bersama2 berdakwah menegakkan agama islam.

perluaskan makna ukhwah fillah. pasti apabila kita berada dalam sesuatu hubungan, ibu bapa, adik beradik, kawan2, suami isteri, dan jiran tetangga, akan lahir walau sekelumit rasa untuk kita bersama2 mereka mejauhi neraka Allah! dan bersama2 menuju syurga Allah yang indah itu!


semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA ~


2 comments: