Asslamamualaikummmmmm =)
Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.
Tidur sama pentingnya dengan air dan makanan tetapi ada orang anggap tidur ini amalan remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda. Tidak percaya? Ketika tidur, tubuh bekerja keras memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi ruang memori dengan pelbagai perkara yang anda alami dan pelajari. Tidur yang dimaksudkan ini adalah tidur yang berkualiti. Ada beberapa persoalan mengenai tidur yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur bagi organ-organ penting manusia? Benarkah tidur yang terlampau akan membuat anda gemuk? Atau sebaliknya kurang tidur boleh menyebabkan anda obesiti?
Kulit
Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan kecantikan, antaranya untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus. Kerana itu jangan hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas antara kulit orang yang cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Sementara yang cukup tidur nampak lebih segar.
Mata
Mata adalah sensor pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi hari, ia akan mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih, gembira, berkerut, ketawa semuanya melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot itu punya waktu istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi sesetengah orang, cahaya mempengaruhi cepat atau lambatnya seseorang tidur di samping keselesaan. Ada yang tidur dengan suasana lampu dipasang dan ada juga yang tidur dalam keadaan gelap.
Paru-paru
Sama ada dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil kajian Dr. Olga Parra dari Universiti Hospital Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan angin ahmar. Ini kerana adanya gangguan berkala ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan pada malam hari sehingga membawa kepada tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.
SAHABAT2, DAH TAU KENAPA SAYA SUKA TIDUR? hehe lepas ni rajin2 kan lah tdo ye ! weee~
No comments:
Post a Comment