Thursday, February 17, 2011

buah hati ku ~~


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur sekali lagi atas pemberian terbesar dari Allah iaitu nikmat iman wa islam untuk hari ini dan insyAllah selamanya~

woww, buah hati ku??~ SAHABAT KU BUAH HATI KU :)

entry kali ini khas buat kesemua sahabatku diluar. thanks atas dorongan u all yg mbuatkan ak tak merasa kosong dlm hidup aku. all that i need is just a friends :) s
ahabat yang selalu saat gembira tertawa bersama, di saat duka menagis besama. kita saling memerlukan dlm persahabatan. yang paling penting hormat menghormati. support korang mmg terbaik. senyum dalam tangis! yeah,kelakar. tapi so sweet. kadang2 perwatakan ak mmg suke diramal, kdg2 ok kdg2 angin tak tentu pasal, sape yg knl lame tahu kan perangai ak mcm mne. tapi u all ttp bkawan dgn ak. ops~ i mean bersahabat. sahabat? kawan? ape beza?? bykkkkkkkkkk beza nya. ak ade ramai kawan. tapi sahabat? HANYA SEGELINTIR. yang terpilih saje. hee~ kembang lah tu ksemua sahabatku. ehehe. i love u all.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
lastly, ade sajak untuk korg. sweet tak aku? hehehe. i love you. hope our relationship last forever. i glad to have friends like u all. u all superb! ya Allah, terima kasih atas nikamat persahabatan yg kau beri kepadaku. jgn lah KAU mengambil HARTAKU ini daripadaku. sesungguhnya ak amat menyayangi sekalian sahabat2 ku. semoga engkau permudahkan kesemua nya bagi mereka. kau ampunilah dosa2 mereka, kau bahagiakan lah mereka, kau lindungilah dan peliharalah mereka, jauhi lah mereka daripada kemaksiatan ya Allah. dan kau berikan lah kejayaan didunia dan di akhirat buat mereka..sesungguhnya hanya padamu ak meminta :) AMINN~


Sahabat…
Sahabat terkadang bisa buat kita terluka…
Tapi sahabat juga bisa membuat kita tersenyum tawa…
Dikala aku gembira,…
Dikala aku duka ,…
Hanya kepada kau aku bersandar…
Sahabat…,
Engkau hadir dlm hdupku…
engkau membuatkan aku tertawa dalam duka ku...
engkau membuat aku gembira dalam gelak tawa ku..
engkau mengembalikan senyuman dlm tangis ku..
Begitu mudahnya ikatan persahabatan antara kita terjalin…
tidak sia2 dibina persahabatankita ini…
Terima Kasih sahabat sejatiku…
Terima Kasih untuk segala nya :)







8 comments:

  1. waaahh . . bt ak senyum je bce time ppagi2 . .
    sehabat selamatnya beb :)

    ReplyDelete
  2. terharu ak bace intan,thanks a lot...sahabat selamanya...

    ReplyDelete
  3. fara: hee, sahabat selamanya. love youu
    fiq: thanks a lot too friend. sahabat selamanya

    :)

    ReplyDelete
  4. hehee . .loving u too la kawan . . heee :) waaaa . .sweet kut ayt tu . . :)

    ReplyDelete
  5. sangat puitis<<cmtu ke eje..? huk3..
    adakah sy tergolong dlm golongan sahabatmu...
    tp bg diriku, dirimu sememangnya sahabatku...
    syg kamu..... <3 <3

    ReplyDelete
  6. fara: ekekeke. i am sweet. that y ayat tu pun sweet. ehheee <3

    elena: hihi bgitulah kot. anda tergolong dlm golongan itu :) syg kamu jugakkk <3<3
    tahnks 4 everythings!

    ReplyDelete
  7. waaah !! adakah aku juga tergolong dlm 'sahabat' mu itu ? eheheh -atiqaHEBAT

    ReplyDelete
  8. adakah anda mahu tergolong dlm golongan itu? kalau nak, makne nya tgolong ler, ehehe :)

    ReplyDelete