Thursday, March 24, 2011

copy paste story. ehe =)

tantan dapat citer ni kat Forum..Korang bace la..Ceritanya begini….

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.Tiba tiba aku teringat kisah semalam.Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat2.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah langsir tingkap.Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la ahli keluarga aku yang lain2.Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj.

Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung.Now or never!Bila bapa aku buka pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa,aku kata,”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!”Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pang… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

“Aduh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak…Pang ! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

“Hang jangan nak bagi aku malu naa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

lelaki+bertudung Ditampar bapa sendiri hanya kerana ingin memakai tudung

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKU! OOOOO tidak !


hahaha bengon nye cte. ape daa :)))

4 comments:

  1. kah kah kah..lawak...dah buang tabiat x kenal jantina sendiri nk bertudung...hehe...

    ReplyDelete
  2. post nih kt mana ntah ..... lupeeeer....

    ReplyDelete
  3. kak sue: tau xpe. nk kena hentak laju2 nih. hehe
    elena: comel ?! glup ! hahaha
    kak cp: kat arifshah.com rasenya.. lupa jugak. ehhe

    ReplyDelete